Wednesday, November 3, 2010

Pengenalan Terhadap Blog Ini

Blog ini didaftarkan pada 11 November 2010 pada jam 2.43AM menggunakan platform blogspot percuma tanpa domain sendiri. Nama tema blog ini ialah "Snipe-Aim-Fire" yang mungkin macam tembak menempak, tetapi lebih kepada menunjukkan ketelitian dalam pengambilan gambar. Bukan sekadar tekan butang dan siap.

Tujuan terciptanya blog ini adalah sebagai blog kedua aku yang menfokuskan dalam bidang fotografi atau dalam bahasa mudahnya blog tentang gambar. Sememangnya aku amat meminati mengambil gambar-gambar yang aku rasakan unik dan cantik untuk di-snap.

Ingin diingatkan di sini. Blog ini tidak akan mempunyai banyak sangat penulisan yang meleret. Hanya gambar, dan serba sedikit maklumat mengenai gambar. Mungkin hanya entri ini yang mempunyai patah perkataan terbanyak.

Semoga dengan terciptanya blog ini, dapat aku kongsikan gambar yang diambil oleh aku kepada semua dan dapat menerima idea-idea dan cara pengambilan gambar yang lebih baik.

Dijemput hadir ke blog personal aku yang beralamat http://www.awaniz.net

No comments: